Movie Minggu Ini :: Badges Of Fury

Thursday, 27 June 2013


Filem Badges of Fury akan mula ditayangkan di Malaysia mulai 27 Jun 2013. Yang mana, ianya menampilkan pelakon hebat Hong Kong iaitu Jet Li dan Weng Zhang. Bagi peminat filem kantonis, sudah pasti tidak mahu ketinggalan menyaksikan kehebatan Jet Li.

Mengisahkan tentang dua rakan polis Hong Kong, Wang dan Huang yang penuh dengan konflik. Huang muak dengan perangai Wang yang berpewatakan tidak matang dan sentiasa membawa masalah kepada mereka. Mereka kemudian berhadapan dengan satu kes pembunuhan bersiri. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati kesemua mangsa bunuh merupakan bekas teman lelaki Liu. Untuk menangkap pembunuh tersebut, salah seorang daripada mereka perlu menyamar untuk menjadi teman lelaki Lui.



Read more...

Movie Minggu Ini :: White House Down

Wednesday, 26 June 2013


White House Down merupakan filem arahan pengarag terhebat Hollywood iaitu Ronald Emmerich. Ronald Emmerich terkenal dengan filem Independent Day, 2012 dan The Days After Tomorrow. Filem ini turut dibintang pelakon hebat seperti Channing Tatum dan Jamie Foxx.

Berkisah tentang seorang polisi bernama John Cale (Channing Tatum) yang baru saja ditolak dari pekerjaan impiannya sebagai anggota Secret Service untuk melindungi Presiden Amerika Serikat, James Sawyer (Jamie Foxx).

Tak ingin mengecewakan gadis kecilnya, John Cale membawanya ke Rumah Putih, namun saat tersebut, ternyata kompleks rumah putih itu diserang oleh kelompok paramiliter bersenjata berat dan Presiden pun ditawan oleh kelompok teroris tersebut.

Kini, pemerintahan Amerika sedang jatuh dalam kekacauan dan waktu hampir habis, dan tugas John Cale untuk menyelamatkan anaknya, presiden, dan negaranya. Dapatkah John Cale melakukannya? Tunggu dan saksikan film "White House Down" di cinema kesayangan anda.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 27 Jun 2013 di seluruh negara.


Read more...

Movie Minggu Ini :: 1 Lawan Satu



Filem ini dibintangi Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre, Fyza Kadir, Along Eyzendy dan diarahkan oleh Pierre Andre. Ianya akan mula ditayangkan pada 27 Jun 2013.

Sinopsis filem... Salleh dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, Saleha telah menyebabkan ayahnya melepaskan Salleh pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. 

Manakala, Radhi yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, Sara yang sedang sakit tenat. Radhi boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan Sara.

Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib Saleha dan Sara. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin.






Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP