Penang :: Hari Pertama (Part I)

Tuesday, 18 September 2012


Tanggal 15 September aku sekeluarga berpeluang untuk cuti-cuti Malaysia. Destinasi kali ini adalah Pulau Pinang.. Rasa macam teruja je nak gi Pulau Pinang sebabnya... Nak naik feri la.. Apa lagi. Hehehe. Lagipun dah lama sangat tak mai penang.. Last aku mai tahun 1998 dengan wife aku.. Masa tu zaman bercintan cintun.. Hehe.

Seperti dirancang, aku bertolak dari rumah aku jam 2.30PM. Itu pun selepas aku menghadiri Majlis Rumah Terbuka member aku. Siap makan kambing panggang lagi.. Hehe. Jarak perjalanan dari rumah aku ke Penang dianggarkan dalam 350KM. Masa dianggarkan dalam 4Jam perjalanan..

Setelah merentasi 3 buah negeri iaitu selangor, perak & kedah.. akhirnya aku tiba di Jeti Feri pada jam 5.30PM.. Mak oii.. banyaknya kenderaan yang menunggu giliran.. Harga tiket feri adalah RM7.70...

gambar di atas feri

permandangan dari feri

Tepat jam 7.00PM aku tiba di Penang.. Tak sabar rasanya nak explore penang ni. ewah!!.. Apa lagi.. aku menuju ke Hotel Grand Continental.. Nama nampak gah.. tapi.. (nanti aku sambung yer..)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP