Santai :: One Utama

Monday, 8 October 2012


Last friday aku berkesempatan meronda2 di One Utama. Niat dihati hendak tengok wayang dengan anak2. Last2 tak jadi sebab cerita tu hanya untuk 18tahun ke atas.. Sedang meronda2.. ternampak la satu booth ni.. Caterham F1 Team..

Rupanya2 ada jualan barangan Caterham F1 Team dan terdapat juga kereta F1 yang dipertontonkan untuk tatapan orang ramai.. Bagi yang berminat dengan koleksi barangan Caterham F1 team, boleh la dapatkan barang di booth. Siap ada potongan harga tu.. 10% - 30%.. 






Read more...

Penang :: Hari Pertama (Part 2)

Friday, 28 September 2012

Akhirnya kitaorg check in di Hotel Grand Continental Penang.. Fuh!! Lega rasanya. Setelah urusan check in selesai, kitaorg dapat bilik di tingkat 9. Bilik kitaorg mempunyai 1 katil queen size & 1 single size.. 




Jika dilihat pada nama Grand Continental.. Keadaan biliknya amatlah menyedihkan. Terlalu banyak kekurangan.. antaranya TV yang begitu usang, remote TV pun xde.. Jug letrik pun takde.. Rasanya dengan mengenakan bayaran sebanyak RM215, ianya merupakan satu pembaziran. Tapi nak buat camne.. sebab terpesona dengan nama.. Sendiri tanggung la.. Hehe.

Pada malam pertama sampai di Penang, kami berkesempatan untuk pergi ke kawasan gerai makan di Jalan Anson.. Memang tersangat best kat sini.. dengan harga tiket parking yang hanya 80sen.. Terdapat banyak pilihan gerai.. sebut je apa yang korang nak makan.. (nanti aku ceritakan apa yang ada kat sini.. sabar2..)

Berbalik pada Hotel Grand Continental.. kami disediakan sarapan pagi untuk satu famili.. Terus terang aku katakan yang makanan sarapan di sini setaraf dengan hotel 1 bintang.. Huhu.. Rasanya kalau aku datang Penang.. memang takkan aku stay kat sini.. 



Read more...

Penang :: Hari Pertama (Part I)

Tuesday, 18 September 2012


Tanggal 15 September aku sekeluarga berpeluang untuk cuti-cuti Malaysia. Destinasi kali ini adalah Pulau Pinang.. Rasa macam teruja je nak gi Pulau Pinang sebabnya... Nak naik feri la.. Apa lagi. Hehehe. Lagipun dah lama sangat tak mai penang.. Last aku mai tahun 1998 dengan wife aku.. Masa tu zaman bercintan cintun.. Hehe.

Seperti dirancang, aku bertolak dari rumah aku jam 2.30PM. Itu pun selepas aku menghadiri Majlis Rumah Terbuka member aku. Siap makan kambing panggang lagi.. Hehe. Jarak perjalanan dari rumah aku ke Penang dianggarkan dalam 350KM. Masa dianggarkan dalam 4Jam perjalanan..

Setelah merentasi 3 buah negeri iaitu selangor, perak & kedah.. akhirnya aku tiba di Jeti Feri pada jam 5.30PM.. Mak oii.. banyaknya kenderaan yang menunggu giliran.. Harga tiket feri adalah RM7.70...

gambar di atas feri

permandangan dari feri

Tepat jam 7.00PM aku tiba di Penang.. Tak sabar rasanya nak explore penang ni. ewah!!.. Apa lagi.. aku menuju ke Hotel Grand Continental.. Nama nampak gah.. tapi.. (nanti aku sambung yer..)

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP