LATAR - Lebuhraya Assam Jawa Taman Rimba Templer

Thursday, 30 June 2011

LATAR telah dibuka secara rasminya pada 21 Jun 2011. Mengikut berita yang dikeluarkan oleh media tempatan, laluan ini FREE selama 2 bulan. Iaitu sehingga 31 Ogos 2011. Then, lepas tu.. korang faham2 sendiri la kan.. kena la bayar tol. Hehehe..


Buat pertama kalinya, aku melalui LATAR pada hari ini.. Kira hari dalam sejarah la ni. Aku start dari Taman Rimba Templer Sehingga Ijok. Masa yang aku ambil adalah 20 Minit dengan kelajuan 110KM/J. Kira ok la tu.. menjimatkan masa bagi penduduk Ijok kalau hendak ke Pasar Borong Selayang. Hehehe.

Sepanjang perjalanan, aku kira terdapat 3 Tol yang perlu dilalui. Iaitu Tol Tamman Rimba Templer, Tol Kuang dan Tol Ijok. Agak2nya la.. berapa yer tol yang akan dikenakan??? Katakan la, tol yang dikenakan adalah RM1 setiap tol, maka tol yang perlu dibayar adalah sebanyak RM3 untuk sehala. Kalau pergi balik, maka kena bayar RM6. Itu kalau RM1 untuk 1 tol.. kalau lebih??? Kira la sendiri yer..

Setiap benda ada pro dan kontra.. so, pikir2kan sendiri.. Tepuk poket, tanya duit.. hehehe. 



Read more...

Transformers 3 - Dark of the Moon

Tuesday, 28 June 2011

Apa yang pasti, 29 June 2011 merupakan hari yang ditunggu - tunggu oleh peminat Transformers. Aku merupakan salah seorang peminat transformers. Yang pasti, aku telah pun membeli tiket Transformers untuk tayangan pembukaan esok.. Aku akan menonton di GSC One Utama. Tak sabar rasanya.. Korang camne pulak?? Hehehe.. Mari kita lihat sedutan Transformers..


p/s: aku akan update entry ni malam esok.. tunggu!!

Update!!
Seperti yang dijanjikan, aku akan membuat ulasan mengenai Filem Transformers 3.

Seperti yang diketahui umum, Autobot telah menjadi sekutu kepada dunia (manusia sejagat). Oleh yang demikian, Autobot akan bekerjasama dengan manusia untuk mempertahankan bumi.

Di dalam Tranformers 3 ini, sekitar tahun 1960an.. manusia telah menjejakkan kaki di bulan. Yang mana, pada ketika itu manusia telah mula menjumpai transformers yang terhempas dibulan.. Penemuan ini telah dirahsiakan oleh pihak US. Sehinggalah ianya didedahkan kepada Optimus Prime..

Di dalam Tranformers 3 juga, Optimus Prime telah bertemu kembali dengan Sentinel Prime. Yang mana Sentinel Prime ini rupanya telah berkomplot dengan Decepticon. Untuk nak tau lebih lanjut.. kena la menonton Filem Transformers 3 ini sendiri..

Rating... Memang Superb!! 5 Star..

Read more...

Nostalgia Di ITM Shah Alam

Tuesday, 21 June 2011

Aku adalah bekas pelajar ITM di dalam jurusan Kejuruteraan Awam (Pembinaan) bagi sessi Januari 1996 - Disember 1998. Alhamdulillah, aku graduate on-time. Walaupun aku sendiri tak yakin dapat grad on-time sebab ada 1 subjek yang aku memang hancus.. Hancus sehancus hancusnya.. Mcm tajuk lagu pulak. Hehehe..

Aku nak berkongsi gambar nostalgia di ITM.. Layannnnn....

Pembentangan projek kapal selam. Gempak abis..
siap ada model kapal selam lagi.

Coursemate.. (KA11, KA12 & KA13)

P/S :  Kalau kawan2 ada lagi gambar2 lama sewaktu di ITM, boleh email kat aku..


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP