Makan :: Restoran Asam Pedas Bangi

Thursday, 28 June 2012


Lokasi terjah makan kali ini iaitu Restoran Asam Pedas Bangi. Restoran ini terletak di Bandar Baru Bangi, di hadapan Komplek PKNS. Actually, aku datang ke sini disebabkan aku menyertai pertandingan ping pomg anjuran PEKA. Huiyoo.. macam terer main ping pong.. tapi aku ni bidan terjun je.. sebab ada pemain yang sepatutnya main, terpaksa tarik diri atas alasan kecemasan.. 

Berbalik kepada Restoran Asam Pedas Bangi, aku telah meng'order' asam pedas pari dan asam pedas ikan merah.. dan beberapa makanan sampingan.. 

 Asam Pedas Ikan Merah

 Asam Pedas Ikan Pari

 Ulam & Cencalok

Telur Masin & Patri Nenas

Nampak menyelerakan tak? Sure punya.. Lagi2 Asam Pedas tu.. Mesti korang terasa macam nak makan banyak kan.. Hehe. Selepas aku rasa asam pedas ni.. pada aku, ianya terasa terlalu pedas dan kurang rasa asamnya.. Bukan aku nak komplen.. tetapi macam aku yang memang berasal dari Johor.. Asam pedas ni salah satu makanan rutin aku.. Sori yer..

Apapun, bagi yang teringin makan, boleh la datang ke Restoran Asam Pedas Bangi.. Dan apa pula kata korang.. meh kita share.. sharing is caring.. Hehe.

Read more...

Harian :: 5S at Office

Wednesday, 27 June 2012


Tetiba datang mood nak buat 5S kat work station aku.. Lagipun sekarang ni company tempat aku bekerja & cari makan sekarang ni sedang menguatkuasakan 5S.. Daripada dok termenung, baik aku buat 5S.. Dan hasilnya adalah.. Hehe.. Suspen je..

Siap ada buat red line tu..

Tak pernah meja aku sekemas ni..

Yang ni dikira sebagai langkah permulaan bagi aku.. walaupun dah hampir 15tahun aku bekerja, ini la kali pertama aku tengok work station aku begitu  kemas dan teratur.. Hehe..

Read more...

Aksesori :: Jam Tangan Guess

Tuesday, 26 June 2012


Guess?? Apa dia?? Mesti korang tertanya2.. Apahal pulak mamat ni letak gambar ni..? Hehe. Camni ceritanya.. Pada tahun 2001, aku ada membeli sebuah jam tangan jenama Seiko.. Yang mana, aku gunakan sehingga arini.. Aku hanya ada sebuah jam tangan.. Oleh yang demikian, aku decide untuk mencari jam tangan yang baru setelah hampir 10 tahun menggunakan jam tangan ni..

Semasa window shopping di One Utama dengan famili.. aku singgah di satu Kiosk yang hanya menjual jam tangan jenama Guess.. Pada mulanya tiada niat nak membeli cuma melihat2 kot2 ada yang berkenan di hati.. Tup.. tup.. terpandang la satu jam ni...




Ini jam sudah membuat hati berkenan.. Dalam hati sudah dap dip dup.. Hehe. Aku terus bertanya dengan sales gurl kat situ.. Dia pun memberitahu tentang harga dan kalau guna Maybank Kad dapat lagi diskaun.. Then, tanya lak pada wife samada sesuai atau tak.. Yang ni penting.. kena tanya pendapat dlu.. Hehe. Wife pun kata ok.. Apa lagi.. aku terus on membeli jam ni..



Akhirnya.. aku membeli satu lagi jam tangan untuk kegunaan harian. Walaupun niat dihati hendak membeli jam tangan Seiko.. Tapi ini hati sudah terpaut pandang pertama pada ini jam.. Adakah kemungkinan aku akan membeli jam lagi?? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Masa yang akan menentukan.. Hehe..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP