Samsung Galaxy S4 :: Introduction

Wednesday, 5 June 2013


Agak lambat bagi aku untuk buat posting berkenaan Samsung Galaxy S4. Ramai diluar sana yang dah mengetahui berkenaan Samsung Galaxy S4. Aku sempat pergi ke kedai Samsung bagi merasai sendiri Samsung Galaxy S4. Rasanya banyak kali jugak aku menerjah kedai2 Samsung ni.. Hehe. 

Bagi pengguna tegar produk apple seperti aku.. Aku melihat teknology yang diperkenalkan oleh sambung begitu advance berbanding iPhone 5 yang aku guna sekarang ni.. Aku sendiri merasakan kehebatan Samsung Galaxy S4 ini.. Terus terang aku katakan.. aku memang berniat untuk upgrade ke Samsung Galaxy S4. Oleh itu aku membuat sedikit kajian terperinci berkenaan Samsung Galaxy S4.

Berikut beberapa perbandingan yang aku dapat daripada website ibtimes.com.


Menarik bukan.. Nampaknya Samsung Galaxy S4 lebih advance berbanding HTC One dan Apple iPhone 5.. Apa komen korang...?? Ada banyak lagi kelebihan Samsung Galaxy S4 ini.. Nantikan kupasan selanjutnya..








Read more...

Versus 2 :: Oh ChentaKu (OCK)


Oh Chentaku (OCK) merupakan salah satu dari 5 group yang menyertai versus 2. Bermula agak kurang menyengat berbanding kumpulan lain tetapi mula menunjukkan taring ketika konsert rock dangdut. Bermula dari itu, OCK terus menjadi pilihan juri dan penonton versus 2. Cuma, pada konsert akhir.. OCK tidak berjaya untuk memasuki pusingan battle. Walaubagaimanapun, OCK memang best.. terutama masa mempersembahkan lagu Papa Jahat... 







Read more...

Movie Minggu Ini :: After Earth

Tuesday, 4 June 2013


After Earth.. Danger Is Real, Fear Is A Choice.. Filem ini dibintangi oleh Will Smith dan Jaden Smith (anak kepada Will Smith). Sememangnya filem ini ditunggu2 oleh peminat filem. Telah mula diperkatakan pada awl April 2013..

Sinopsis filem ini.. Ianya mengisahkan tentang keadaan bumi 1000 tahun selepas berlakunya bencana dahsyat yang mengorbankan hampir seluruh penghuni dunia. Penghuni yang selamat ditempatkan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Nova Prime.

Ketika Cypher Raige dan Kitai Raige sedang melakukan pernerbangan, pesawat yang dinaiki mereka berhadapan ribut dan akhirnya mereka terhempas di satu tempat yang dinamakan Earth. Keadaan Earth pada masa itu berlainan sekali ketika mereka meninggalkannya dahulu.

Cypher Kaige telah mengalami kecederaan dan mampukan anaknya Kitai Raige untuk mengharungi hidup di bumi dan menyelamatkan bapanya... Itu serba sedikit mengenai After Earth..


i 


Komen :-
Terus terang aku katakan.. filem ni memang sesuai ditonton oleh sesiapa saje. sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari filem ini. Jalan ceritanya pula.. amat menarik sebab penuh dengan debaran dan suspen. Memang best!!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP