Status Halal Date & Fate Oat Chocolate

Thursday, 15 May 2014



Untuk berlaku adil pada semua produk oat yang ada dipasaran, kali ni aku akan cuba kupas berkenaan status Halal bagi produk Date & Fate Oat Chocolate. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kebanyakkan produk oat yang dipasarkan di Malaysia di bawa dari Negara China.

Bagi Date & Fate pula, status Halal yang ditunjukkan pada kotak produk adalah seperti di atas iaitu dari Halal Food Council International (Malaysia & Asian Region). Setelah di Google.. kami dapati HFCI merupakan ahli gabungan World Halal Council (WHC). Boleh klik World Halal Council



Walaubagaimanapun, apabila disemak di laman web Halal Malaysia, nampaknya Status Halal yang dikeluarkan oleh HFCI tidak diiktiraf oleh Jakim. Akan tetapi, bila ianya tidak diiktiraf oleh Jakim, bukan membawa maksud produk ini TIDAK HALAL.. Jangan salah anggap yer.. 




Bagi yang ingin lebih maklumat mengenai status halal produk ini.. Boleh la menghubungi Halal Food Council International yang mempunyai pejabat di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk pengesahan. Kalau boleh minta sijil sekali... Hehehe.




Read more...

Iklan :: CPUV Dari Nuffnang

Wednesday, 14 May 2014


Untuk kali ke-2 tahun 2014 ni, Nuffnang memberi penghargaan kepada blog aku. Syukur Alhamdulillah walaupun blog aku bukannya blog yang ramai giler visitor. Dan income yang aku dapat dari program CPUV Nuffnang pun takde la sampai beribu2 lemon.. Cuma terasa cukup bangga bila terpilih..


Kali ni untuk kempen Oreo Better Together.. Hopefully, campaign kali ni aku boleh dapat beribu2 lemon income dari nuffnang.. Hahaha... Anyway, Thanks to Nuffnang kerana memilih blog aku.. 

Meh layan Video Oreo Better Together..



Read more...

Date & Fate Oat Chocolate


Kali ni aku nak citer pasal Oat Chocolate Date & Fate. Kalau korang nak tau, Date & Fate ni adalah Jenama dan bukannya Date (kurma) yer. Ramai yang salah sangka dan ingat oat ni mengandungi kurma. So, Oat Chocolate ni memang takde kandungan kurma. Jangan terkeliru.. 

Sebab ramai yang terkeliru dengan penggunaan nama Date & Fate.. Aku pun pernah tertipu semasa membeli produk ni.. Ingatkan ada kurma.. Hehe. So, secara betulnya Date & Fate adalah jenama Oat Chocolate. Yang memang terasa kesedapan oat bersalut coklat.Yang pasti kanak2 amat suka..



Bagi yang nak membeli.. boleh la datang / lawat FB page kami..



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP