Motor :: Redza Motorcycle

Monday, 23 July 2012



Redza Motorcycle merupakan nama baru di dalam dunia permotoran Malaysia. bagi peminat motorcycle, sudah pasti nama Redza Motorcycle sudah mula kedengaran. Ianya merupakan satu syarikat milik penuh anak Malaysia. Mengikut cerita yang diterima, Redza Motorcycle mengadaptasi rekabentuk dari Itali, manakala enjinnya pula dari Jepun. 

Redza Motorcycle secara rasminya telah melancarkan 3 model utama iaitu Velocita (250cc), Bellisimo (250) dan Reena Scooter (300cc). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu bermula dengan RM9,999 sehingga RM11,999.

Aku telah berkesempatan untuk melawat khemah pameran Redza Motocycle yang dibuka di Tesco Puchong pada sabtu lepas. Aku juga berkempatan untuk test ride Bellisimo.. Hehe. 

 Velocita 250

Pandangan Depan Velocita 250

Bellisimo 250

Pandangan depan Bellisimo

Apa yang mearik tentang Redza Motorcyle iaitu pembeli boleh memilih sendiri warna kesukaan untuk motosikal. Terpulang kepada minat masing2.. Bestkan..??

Bagi yang berkemampuan dan teringin sesuatu yang baru, rasanya Redza Motorcycle menawarkan model yang berkuasa dan bergaya.. Korang boleh melawat Redza Motorcycle untuk maklumat lanjut.

Read more...

Selamat Berpuasa

Saturday, 21 July 2012


Selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua pembaca Blog MyZamri. Semoga Ramadhan kali ini memberikan pelbagai kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua. Insya Allah.. Amin!

Read more...

Kereta :: Honda CRZ

Thursday, 19 July 2012


Akhirnya honda telah melancarkan model CRZ automatik. Ini merupakan salah satu model yang dinantikan bagi peminat kereta sukan. Seperti yang kita tahu, CRZ merupakan model kereta sukan berkuasa Hybrid. Walaupun ianya Hybrid, kereta ini mampu bergerak dengan kelajuan 180km/j. Dengan Harga RM119K, Honda CRZ mampu menjadi salah satu kereta pilihan ramai.

Sabtu lepas, aku berkesempatan pergi ke showroom Honda di Glenmarie untuk melihat dengan mata sendiri Honda CRZ ini. Sememangnya CRZ memiliki daya penarik. Kena pulak CRZ yang dipamerkan berwarna merah.. Perghh!!! memang cun giler.. Hehe. Korang tengok la sendiri..

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Enjin

Interior

Senang kata, Honda CRZ ini memang pilihan aku kalau aku ada duit yang banyak. Dengan pelbagai ciri dan jaminan 5 Tahun yang ditawarkan, sememangnya Honda CRZ merupkan pilihan terbaik bagi kategori kereta sukan berkuasa Hybrid..



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP