Makan :: Buffet Hotel Pyramid Tower

Friday, 17 August 2012


Sabtu lepas, aku sekeluarga berkesempatan berbuka puasa di Hotel Pyramid Tower anjuran kawan aku. Sebenarnya dh lama aku tidak berbuka puasa di Hotel. Oleh kerana mendapat jemputan, maka aku sekeluarga bersetuju untuk berbuka puasa di hotel.

Harga yang ditawarkan untuk buffet ni adalah RM98.00++ untuk dewasa. Untuk kanak2 pula RM50.00++. Pilihan juadah pula.. terlalu banyak.. sehinggakan aku tidak berkesempatan untuk merasai semuanya.. Diantara juadahnya..









Gambar diatas tu hanya sebahagian sahaja.. Apapun, juadah yang dihidangkan memang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak belanja lagi.. sure aku sekeluarga akan pergi lagi..


Read more...

Kereta :: Honda Civic Baru

Wednesday, 15 August 2012


Honda Malaysia telah melancarkan produk terbaru iaitu Honda Civic Baru. Kalau tak silap aku, ini adalah Civic generasi ke-9. Kalau salah tolong betulkan yer.. Hehe. Seperti yang kita ketahui, Civic adalah salah satu model kegemaran rakyat Malaysia. Baik golongan muda ataupun golongan veteran. yang mana, kuasa VTEC yang diperkenalkan sejak dari dulu, sememamngnya menjadikan Civic berkuasa.

Pamplet Honda Civic

Seperti biasa, Honda Civic mempunyai 2 versi iaitu 1.8 & 2.0. Harga yang ditawarkan bagi 1.8 adalah RM113,000.00, manakala untuk 2.0 pula berharga RM130,000.00.

 Model 1.8



 Model 2.0

Perbezaan diantara versi 1.8 & 2.0 lebih kepada interior. Versi 2.0 dilengkapi dengan Push Start Button, Leather Seat, Sport Rim 17inchi, Door panel yang lebih menarik dan banyak lagi..

 Enjin Bay

 Interior

Dashboard

Bagi aku model Honda Civic baru ini kurang umphh berbanding model sebelumnya.. Tapi Honda tetap menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia.. Tepuk poket, tanya duit.. Hehehe..

Read more...

Video :: Selamat Berpuasa

Tuesday, 7 August 2012


Aku nak berkongsi dengan korang satu video dari Youtube berkenaan puasa. Video ni memang kelakar dan menarik. Aku taknak celoteh panjang.. Korang tengok sendiri video ni.. Hehe



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP