Makan :: Chatime

Friday, 7 September 2012


Chatime.. Rasanya x perlu diperkenalkan lagi. kebanyakkan orang sudah kenal apa itu Chatime. Bagi yang selalu lepak kat shopping komplek area lembah klang, sure familiar sangat dengan Chatime.. Aku pulak, baru je berjinak2 dengan Chatime ni. Tapi anak2 aku semuanya suka Chatime terutama minuman Cappucino Pearl.. Perghh.. memang x cukup2.. Setakat ni aku dh terjah lebih kurang 5 Chatime yang berbeza lokasi iaitu.. Sunway Pyramid, One Utama, Setia City Mall, Subang Parade & AEON Bukit Tinggi..




Berikut pula adalah di antara minuman yang pernah aku try.. Takde la banyak sangat tapi yang paling aku suka adalah Strawberry Chocolate & Lychee Black Tea.. Perghh!!! Terangkat beb...




Harganya pula amat berpatutan.. Tak lebih RM7.00 pun.. kalau korang nak try, boleh sangat.. lagipun memang sedap.. Hehe


Read more...

Kereta :: Honda Stream

Monday, 27 August 2012


Honda.. Saper yang tak kenal jenama Honda.. Sebut je Honda, pasti terbayang beberapa model yang menjadi kegilaan semua. Kali ni aku nak berkongsi berkenaan Honda Stream. Di Malaysia terdapat 2 jenis Honda Stream iaitu Recond dari Japan & Baru dari Honda Malaysia. 

Terdapat banyak perbezaan antara recond & baru.. Tak perlu la aku nak cerita panjang lebar perbezaannya.. Namun, yang paling ketara adalah.. Recond merupakan kereta yang telah digunakan di negara luar dan dibawa masuk ke Malaysia. Di mana, kondisi kereta recond diperbaiki dan dicantikkan semula.. Lebih kurang mcm tu la..

Manakala, yang betul2 baru dari Honda Malaysia pula, sememangnya betul2 baru dan di datangkan dari Thailand.. datang sebiji tau.. bukannya part by part.. Manakala, warranty pula diberikan selama 5 Tahun.. Huhu.. Memang best..







Bagi yang banyak duit, better beli yang betul2 baru dari Honda Malaysia.. Tetapi kalau budget yang kurang.. Paham2 je la.. Dapat yang Recond pun dh ok.. Hehehe


Read more...

Makan :: Mee Bandung Parit Bulat, Muar

Friday, 24 August 2012


Pada hari raya ke-3, aku sekeluarga telah merancang ke Muar untuk beraya dirumah sanak saudara. Bertolak jam 7.30 Pagi dari Kota Tinggi dan terus menuju ke Jalan Daud, Muar. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.. 

Setelah selesai beraya di Muar, aku meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Setibanya di Parit Bulat, kami berhenti makan di sebuah warung mee bandung. Mengikut cerita bapa aku, warung mee bandung ni telah wujud lama dan bapa aku adalah salah seorang pengunjung tetap warung ini.

Menu utama Warung Mee Bandung Parit Bulat adalah Mee Bandung & Satay... Taraaaa...

 Mee Bandung

Satay Ayam
terus terang aku kata, mee bandung yang ada kat warung ni memang sedap.. Lagi2 kalau makan bersama lada jeruk.. Perghhh!!! 


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP